Sunday, November 2, 2008

16/9 ataupun Kes Liwat? Dah lupa?

Aku pelik, kenapa la ketua pembangkang senyap sunyi lepas saja plan ambil alih kerajaan pada 16 september lepas. Kenapa dia dah tak segarang dulu ye? Dia pegi haji ke? Diam je, takda apa apa perkembangan pun stakat ni. Media tak heboh heboh pasal "orang hebat" ni..

Kadang kala aku terfikir jugak, kenapa "orang hebat" tu beria-ia hebohkan pada dunia, dia akan jadi PM 16 September lepas. Kenapa ye? Aku rasa la, ada something yang "orang hebat" plan untuk cover sesuatu.

Isu apa ya yang paling top sekarang ni? Mesti pasal pemilihan UMNO kan? Ada lagi, pasal Anwar gagal tubuh kerajaan belakang, pasal kes pemangku KDEB, pembelian helikopter dan lain-lain..

Kenapa orag dah tak sembang pasal kes Liwat "orang hebat" tu ye? Adakah orang semua dah lupa akan kes tu? Hebat betol la.. Dia pandai betul kalih isu sensitif dia kepada isu panas yang lain. Kesian Saiful, sahutan bersumpah dia tak dilayan oleh orang hebat

Aku teringat lagi masa PRK Permatang Pauh haritu.. Pegi ja mana-mana bilik gerakan, depa dok sembang pasal sumpah. Tapi la ni dah tak sembang dah.. Pandai betol "orang hebat" kalih isu

Dia mesti dok pikiaq, dia nak malu pasal kes liwat ataupun kes gagal tubuh kerajaan 16/9? Kalau aku jadi "orang hebat" tuh la, baik aku pilih malu sebab gagal tunai janji, sebab kes sumpah tu kes yang amat sensitif. Malu gila aku.. So, macam tu lah yang dilakukan oleh "orang hebat" tersebut..

Dia betul - betul pakar dalam bab putar belit dan kalih isu..

1 comment:

Anonymous said...

nak dengar satu cerita?

Tersebut lah kisah, suatu ketika dahulu, terdapat seorang miskin yang tinggal di suatu pulau terpencil, namun kini sudah maju dengan mempunyai jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Si miskin ini petah berkata-kata dan dihormati oleh para sahabatnya.

Si miskin ini bercita-cita mahu menjadi seorang ahli nujum yang terkenal dan berkuasa suatu hari nanti. Oleh itu dia sedar, hanya pendidikan akan mengubah nasibnya. Dia pun memasuki salah sebuah sekolah pondok yang terkenal di Perak, dan menuntut ilmu di salah sebuah Kampung bernama Kampung Malaya (KM) yang terkenal tanah air.

Semasa di KM, dia dikenali seluruh institusi tersebut dan menjadi ketua. Hinggakan pemimpin negara pada masa itu pun khuatir kerana dia ini bakal muncul dalam arena politik istana suatu hari nanti. Ternyata kekhuatiran mereka berasas dan si miskin ini tadi telah pun kaya selepas memasuki istana sebagai ahli nujum negara.

Kekayaan yang diperolehi oleh si dia ini mengakibatkan dia lupa akan asal-usulnya. Sehinggakan suatu hari dia disingkir oleh Maharajanya yang berang dengan ramalan celaka yang bakal menimpa Maharaja. Si dia marah dan dengan penuh dendam bersumpah akan menuntut bela. Si dia pun ditangkap oleh para pengawal istana dan dihumban ke penjara.

Selepas era diktator berakhir, demokrasi meresap masuk kedalam negara. Si dia pun dibebaskan di atas dasar demokrasi yang telah muncul itu, serta kembali ke pekerjaannya sebagai ahli nujum. Kini peluang untuk membalas dendam telah terhidang luas kepada si dia kerana perisainya adalah demokrasi. Si dia menyertai kumpulan berhaluan kiri dan mula menyemai unsur-unsur perubahan kepada rakyat jelata.

Kini si dia bersahabat baik dengan golongan berhaluan kiri itu. Dan mereka mahu rakyat bersama mereka untuk merampas takhta Maharaja dengan menyuap mulut-mulut orang Maharaja supaya menyertai mereka. Ternyata dia gagal. Selepas kegagalan itu, dia muncul dengan alasan yang pelbagai untuk mengelakkan kemaluan yang teramat besar ditanggung olehnya dan konco-konconya. Sahabat-sahabatnya dalam haluan kiri mula menyumpahnya dan semakin tidak percaya kepada ramalannya. Namun demi menjaga reputasi, mereka terpaksa berpura-pura sepakat.

Oleh kerana dia merupakan ahli nujum, dia terus meramal tarikh demi tarikh untuknya merampas kuasa daripada maharaja. Tetapi gagal dan sentiasa gagal.

Suatu hari dia mahu menganjurkan sebuah pertandingan teka-teki dengan sebuah kerajaan lain. Dia mencagarkan salah seorang daripada pengikutnya, bernama Al-Soyfal Al-Boohure jika kerajaan seberang ini dapat menjawab soalan-soalan teka-tekinya. Dia mula menyoal dan ahlil nujum dari seberang ini terus dengan jawapannya;

Soalan pertama. Mengapa Maharaja tidak mahu berjumpa dengan saya untuk membincangkan soal peralihan kuasa? Ahli nujum seberang itu seraya berkata - “Bodohnya soalan ini. Jawabnya senang. Mana ada Maharaja yang akan dirampas kuasanya mahu berunding dengan si perampas kuasa? Sungguh tidak logiknya.
Soalan kedua. Mengapa saya tidak mahu mendedahkan nama pengikut istana yang mahu menyertai saya? Ahli nujum itu berkata - “Bodoh juga soalan ini. Jika sudah tidak ada nama, bagaimana mahu didedahkan?
Soalan ketiga. Mengapa saya memanggil Maharaja untuk membuat emergency session di parlimen ( oleh kerana sudah ada demokrasi, maka parlimen pun wujud ), tetapi Maharaja tidak mahu? Ahli nujum itu berkata - “Ini merupakan soalan paling bodoh. Kamu tidak lulus undang-undang perlembagaan kah? Kamu sengaja menyuruh Maharaja untuk membuat emergency session kerana kamu tahu Maharaja tidak akan berbuat begitu. Maka kamu lepas itu pun boleh lah berkata bahawa Maharaja pengecut dan bacul, tidak berani dan sebagainya. Hakikatnya, selepas parlimen bersidang, mengapa masih tiada ahli istana yang mahu melompat juga? Apa sudah jadi dengan kamu?
Si dia ini terdiam kerana semua soalan nya dapat dijawab oleh ahli nujum tersebut. Kemudian sampai giliran ahli nujum seberang ini pula mahu bertanyakan soalan kepada si dia. soalannya cuma satu sahaja;

“Mengapa kamu tidak terus berjumpa Agong ( Lebih tinggi daripada Maharaja ) jika kamu mendakwa kamu sudah cukup orang untuk membentuk kerajaan baru?”

Maka si dia menjawab - “Oh itu tidak boleh..kerana kami mahu melancarkan peralihan kuasa dengan lancar dan aman…”

“Kepala hotak kamu!”

“Kenapa ahli nujum seberang mengkepala hotakkan saya??”

“Kerana kamu tidak belajar undang-undang. Kamu tahu kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli?”

“Gapo dio tuh??”

“Ha! pergi carik Prof.Dr. Shad Saleem Faruqi kat UiTM sana nun, dan tanya dia apa pasal kes itu! sekarang, kamu sudah kalah, mengikut perjanjian tadi, saya akan ambil salah seorang pengikut kamu bernama Al-Soyfal apa tadi?! Ah, apa-apalah!”

Maka berjalanlah ahli nujum seberang itu tadi dengan Al-soyfal sebagai hadiah..Namun ditengah-tengah perjalanan, Al-soyfal bertanya kepada ahli nujum seberang itu tadi mengapa dia diambil. Maka ahli nujum seberang itu tadi berkata “Aku suka muka kamu. Jambu. aku mahu nikah kan kamu dengan anak aku, mahu tak?”

Maka Al-Soyfal menjawab dengan nada yang penuh girang gemilang berkata “OKAYY!!yahoo MERDEKA aku!!!”

Ahli nujum seberang itu tidak faham mengapa Al-soyfal berteriak sebegitu rupa. Mereka terus berjalan meninggalkan negara pulau tersebut…

TAMAT

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/01/kisah-ahli-nujum-yang-bodoh/