Friday, October 31, 2008

Biarkan...

Salam di kejauhan. Julung-julung kali aku menitipkan penulisan di blog yang agak besar pengaruhnya yang sampai hati untuk memperuntukan sedikit ruang dan peluang buat blogawan neutral macam aku.

Kalau khalayak pembaca kenal aku dengan dekat, maka akan faham yang semangat Melayu agak kuat dan teguh. Namun, aku tidak dapat untuk tidak menyatakan bahawa agama Islam tidak mahu kita berpuak-puak dengan metelakkan warna kulit dan etnik sebagai batasan. Oleh itu, aku simpan semangat bangsa aku di tempat yang selamat.

Melayu...satu bangsa yang semakin alpa. Masalah yang dihadapi bukan baru berlaku semalam. Ia terlalu klise dan terlalu lama bernanah. Mungkin sudah parah namun tiada apa yang tidak dapat diubat. Kita yang celik terkadang buta tetapi yang kurang upaya terkadang terlalu peka. Itulah kebesaran Allah.

Kenapa aku berkata sebegini? Kerana Pyan Habib pernah mencoretkan:

Ma’afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, terutama di perayaan tahunan seperti hari ini………………

Apabila orang telah sedia duduk,aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok,aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang,aku tidor
Apabila orang membaca zikir,aku takot mati

Ma’afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka,aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,
walaupun Melayu kata “Melayu bodoh!” Melayu kata “Melayu kecoh!”

biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu malas!” Melayu kata “Melayu mulas!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu kecot!” Melayu kata “Melayu takot!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu belut!” Melayu kata “Melayu belot!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu kasap!” Melayu kata “Melayu lesap!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu tongong!” Melayu kata “Melayu bingong!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu serong!” Melayu kata “Melayu jerong!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu sombong!” Melayu kata “Melayu murong!”
biarkan………, biarkan………………

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
(dipetik dari s.i.n.i.)

Luncai sudah lama terjun dan mungkin telah lemas. Adakah nasib kita juga seperti Luncai?
Fikirkan...wahai bangsaku.

HARIMAU MENAIP