Friday, November 7, 2008

Minda Merdeka (ver. 1)

Cuba untukku faham...samada otak sudah bengap atau apa; aku tidak pasti. Kenapa perlu bergembira dengan kemenangan Obama?

Kalau aku ditanya, aku tangguhkan dulu kegembiraan sehingga Palestin di merdekakan secara total dari Israel laknatuLlah.

Cuba untukku faham, kenapa perlu gembira apabila kes DSAI tidak dibawa ke Mahkamah lebih tinggi, kerana aku hanya mengerti Mahkamah adalah tempat menegakkan keadilan; tidak kira Mahkamah mana sekalipun.

Tapi peristiwa "Correct, correct, correct"juga yang memalit tahi dibidang kehakiman. Maka agak wajar untuk DSAI takut.

Sebab itu, kita perlu mempunyai Minda Merdeka untuk menjadi rasional. Jika tidak, kita pasti di pecacaikan.

bersambung....

Sunday, November 2, 2008

16/9 ataupun Kes Liwat? Dah lupa?

Aku pelik, kenapa la ketua pembangkang senyap sunyi lepas saja plan ambil alih kerajaan pada 16 september lepas. Kenapa dia dah tak segarang dulu ye? Dia pegi haji ke? Diam je, takda apa apa perkembangan pun stakat ni. Media tak heboh heboh pasal "orang hebat" ni..

Kadang kala aku terfikir jugak, kenapa "orang hebat" tu beria-ia hebohkan pada dunia, dia akan jadi PM 16 September lepas. Kenapa ye? Aku rasa la, ada something yang "orang hebat" plan untuk cover sesuatu.

Isu apa ya yang paling top sekarang ni? Mesti pasal pemilihan UMNO kan? Ada lagi, pasal Anwar gagal tubuh kerajaan belakang, pasal kes pemangku KDEB, pembelian helikopter dan lain-lain..

Kenapa orag dah tak sembang pasal kes Liwat "orang hebat" tu ye? Adakah orang semua dah lupa akan kes tu? Hebat betol la.. Dia pandai betul kalih isu sensitif dia kepada isu panas yang lain. Kesian Saiful, sahutan bersumpah dia tak dilayan oleh orang hebat

Aku teringat lagi masa PRK Permatang Pauh haritu.. Pegi ja mana-mana bilik gerakan, depa dok sembang pasal sumpah. Tapi la ni dah tak sembang dah.. Pandai betol "orang hebat" kalih isu

Dia mesti dok pikiaq, dia nak malu pasal kes liwat ataupun kes gagal tubuh kerajaan 16/9? Kalau aku jadi "orang hebat" tuh la, baik aku pilih malu sebab gagal tunai janji, sebab kes sumpah tu kes yang amat sensitif. Malu gila aku.. So, macam tu lah yang dilakukan oleh "orang hebat" tersebut..

Dia betul - betul pakar dalam bab putar belit dan kalih isu..