Friday, November 7, 2008

Minda Merdeka (ver. 1)

Cuba untukku faham...samada otak sudah bengap atau apa; aku tidak pasti. Kenapa perlu bergembira dengan kemenangan Obama?

Kalau aku ditanya, aku tangguhkan dulu kegembiraan sehingga Palestin di merdekakan secara total dari Israel laknatuLlah.

Cuba untukku faham, kenapa perlu gembira apabila kes DSAI tidak dibawa ke Mahkamah lebih tinggi, kerana aku hanya mengerti Mahkamah adalah tempat menegakkan keadilan; tidak kira Mahkamah mana sekalipun.

Tapi peristiwa "Correct, correct, correct"juga yang memalit tahi dibidang kehakiman. Maka agak wajar untuk DSAI takut.

Sebab itu, kita perlu mempunyai Minda Merdeka untuk menjadi rasional. Jika tidak, kita pasti di pecacaikan.

bersambung....

Sunday, November 2, 2008

16/9 ataupun Kes Liwat? Dah lupa?

Aku pelik, kenapa la ketua pembangkang senyap sunyi lepas saja plan ambil alih kerajaan pada 16 september lepas. Kenapa dia dah tak segarang dulu ye? Dia pegi haji ke? Diam je, takda apa apa perkembangan pun stakat ni. Media tak heboh heboh pasal "orang hebat" ni..

Kadang kala aku terfikir jugak, kenapa "orang hebat" tu beria-ia hebohkan pada dunia, dia akan jadi PM 16 September lepas. Kenapa ye? Aku rasa la, ada something yang "orang hebat" plan untuk cover sesuatu.

Isu apa ya yang paling top sekarang ni? Mesti pasal pemilihan UMNO kan? Ada lagi, pasal Anwar gagal tubuh kerajaan belakang, pasal kes pemangku KDEB, pembelian helikopter dan lain-lain..

Kenapa orag dah tak sembang pasal kes Liwat "orang hebat" tu ye? Adakah orang semua dah lupa akan kes tu? Hebat betol la.. Dia pandai betul kalih isu sensitif dia kepada isu panas yang lain. Kesian Saiful, sahutan bersumpah dia tak dilayan oleh orang hebat

Aku teringat lagi masa PRK Permatang Pauh haritu.. Pegi ja mana-mana bilik gerakan, depa dok sembang pasal sumpah. Tapi la ni dah tak sembang dah.. Pandai betol "orang hebat" kalih isu

Dia mesti dok pikiaq, dia nak malu pasal kes liwat ataupun kes gagal tubuh kerajaan 16/9? Kalau aku jadi "orang hebat" tuh la, baik aku pilih malu sebab gagal tunai janji, sebab kes sumpah tu kes yang amat sensitif. Malu gila aku.. So, macam tu lah yang dilakukan oleh "orang hebat" tersebut..

Dia betul - betul pakar dalam bab putar belit dan kalih isu..

Friday, October 31, 2008

Biarkan...

Salam di kejauhan. Julung-julung kali aku menitipkan penulisan di blog yang agak besar pengaruhnya yang sampai hati untuk memperuntukan sedikit ruang dan peluang buat blogawan neutral macam aku.

Kalau khalayak pembaca kenal aku dengan dekat, maka akan faham yang semangat Melayu agak kuat dan teguh. Namun, aku tidak dapat untuk tidak menyatakan bahawa agama Islam tidak mahu kita berpuak-puak dengan metelakkan warna kulit dan etnik sebagai batasan. Oleh itu, aku simpan semangat bangsa aku di tempat yang selamat.

Melayu...satu bangsa yang semakin alpa. Masalah yang dihadapi bukan baru berlaku semalam. Ia terlalu klise dan terlalu lama bernanah. Mungkin sudah parah namun tiada apa yang tidak dapat diubat. Kita yang celik terkadang buta tetapi yang kurang upaya terkadang terlalu peka. Itulah kebesaran Allah.

Kenapa aku berkata sebegini? Kerana Pyan Habib pernah mencoretkan:

Ma’afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, terutama di perayaan tahunan seperti hari ini………………

Apabila orang telah sedia duduk,aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok,aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang,aku tidor
Apabila orang membaca zikir,aku takot mati

Ma’afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka,aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,
walaupun Melayu kata “Melayu bodoh!” Melayu kata “Melayu kecoh!”

biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu malas!” Melayu kata “Melayu mulas!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu kecot!” Melayu kata “Melayu takot!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu belut!” Melayu kata “Melayu belot!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu kasap!” Melayu kata “Melayu lesap!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu tongong!” Melayu kata “Melayu bingong!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu serong!” Melayu kata “Melayu jerong!”
biarkan………, biarkan………………

Melayu kata “Melayu sombong!” Melayu kata “Melayu murong!”
biarkan………, biarkan………………

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
(dipetik dari s.i.n.i.)

Luncai sudah lama terjun dan mungkin telah lemas. Adakah nasib kita juga seperti Luncai?
Fikirkan...wahai bangsaku.

HARIMAU MENAIP

Friday, September 19, 2008

Nak jugak tarik ex-BN masuk PR

Laporan HarakahDaily disini 
 


Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa SAPP menyertai Pakatan Rakayat kerana dengan gandingan mantap itu, hak bersama dan hak rakyat Sabah dapat diperjuangkan dengan sebaik mungkin yang tidak diperolehi semasa berada dalam BN sebelum ini. 
Inilah yang dikatakan MUKA TAK TAHU MALU. Senang-senang je nak tarik orang BN/bekas parti komponen BN masuk pakatan haram diorang tu. Tak de keje lain, tuduh orang lain korap, kroni, rasuah tapi diri 2x5 jugak. Cakap tak serupa bikin. Dulu kata orang BN jijik kotor tapi sekarang kena tarik orang BN juga untuk tubuhkan kerajaan PR? Pelik - pelik la..

Bila dah bebas..

psstt.. gambar kredit kepada MalaysiaKini


Baguslah bila dah bebas. Tak jadi apa-apa kan? Ada sakit tulang belakang ka? Ada tidur atas simen ka? Tak kan? Diaorang tak bagi makan ka? Ada bagi kan? Apa lagi? Makanan? Ayoo, banyak sori la kakak, kat lokap mana ada orang bagi makan chiken cop, laksa ka, mee goreng mamak ataupun nasi kandar. Paham-paham la..

Ayoo. lepas dah bagi keluar, lagi mau tunjuk hebat ka?
Apa-apa pun syukur la ya, Teressa. Tak macam member awak yang lain,
Raja Petra dengan Kickdefella. Tahniah ya atas pembebasan anda!

Monday, September 15, 2008

ISA: Puas Hati

Bagi penulis, penahanan Teressa Kok dan Raja Petra memang tepat! Memang baik diorang kena tahan sebab masing-masing buat kepala.

Sorang tu, harap ja muslim, tapi buat perkara pelik-pelik. Hina nabi.

Sorang lagi, semua nak bangkang. Itu ini semua tak kena. Sampai signboard pun nak komen dan pertikai. Segala-galanya tak kena.

P/s: Harap kebenaran akan muncul